Saturday, October 9, 2010

temuduga dan tips2nya..

Kurang dari setahun setengah lagi little girl akan grad..masa tu la little girl kne mghadapi interview atau temuduga..nak menghadiri temuduga bukanlah perkara yang mudah..banyak pantang larangnya..silap gaya memang tak brpeluang langsung nak dapatkan kerja tersebut..jadi persediaan awal perlu dibuat dari sekarang..jangan lagi sehari sebelum nak pergi temuduga baru tergopoh-gapah nak buat persediaan..oleh itu little girl telah menyediakan beberapa tips yang dipetik dari http://www.pinah.com..harap tips ini dapat membantu..

PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan

2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga

3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga

4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda

5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal

6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah :

1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda

2. Jawab dengan jelas dan lantang

3. Kikiskan sifat ego anda

4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas

5. Banyakkan senyuman

6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain

7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan

Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA

1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.

2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.

3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.

4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.

5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.

6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu

7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar

9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel

10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya

11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.

12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.

13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.

14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.

15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.

16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.

18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.

19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.

20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.

21. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.

22. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.

23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

24. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Sunday, October 3, 2010

kematian itu sesuatu yang pasti...

Hari ini aku dikejutkan dengan berita kematian guru yg mgajar aku mengaji..Innalilah...
rupanya dia telah dijemput Ilahi pada pkul 3 pg tadi..aku dimaklumkan oleh adik aku..
mama cakap atuk msk wad pada hari Jumaat krn sesak nafas..
patut la hari Khamis mlm semasa myambut friendshipday n celebrate bfday roomate ku jantung aku derdegup kencang...seakan dapat merasa ada sesuatu yg akan brlaku.. aku cuba brfikiran positif..tapi aku x sgka yg berita itu adalah kematian...

Alhamdulillah..niat aku ntok beraya n melawat arwah dimakbulkan ALLAH..jika tidak rasanya pasti aku sangat trkilan..skian tahun aku tagguhkan niat ntok mlawat atuk..cuma pada thn nie ada 1 perasaan yg kuat mndorong aku truskan niat aku walaupun pada mulanya adik aku membantah..tapi stelah aku ingtkan dia yg tanpa atuk dia xkan kenal lgsung alif..ba..dan ta...dia akur...masih terasa keramahan atuk mnyambut kedatangan kami..malah dia sempat mghulurkan not RM10 ntok kami 2 beradik..


masih segar diingatan suara atuk mngajar aku mengaji..dari Muqadam hingga ke Al-quran..hingga akhirnya aku brjaya khatam Al-quran sebanyak 3 kali..atuk juga ajar aku tntang hukum tajwid..tapi malangnya aku x praktikan n bg tumpuan tntg tajwid..jadi aku da x mahir brkenaan tajwid..kat rumah atuk jugak ada jual kacang buah pinggang..tapi aku panggil kacang cerdik..rasanya memang sedap..atuk selalu nasihatkan aku n kawan2 yg len..hidup jgn brhutang sbb nati kat akhirat kita kena jinjing bara api kat atas kepala..sebb kita x sempat nak langsaikan hutang 2..then atuk cakap kalu orang azan kena jwb sebb kita dgr..kalu x nati telinga kena cucuk ngan besi pns kat akhirat..


Semua pesan atuk masih aku ingat..terima kasih atuk..ajar Farhana mengaji..kenal alif..ba..ta..kenal hukum tajwid..besar jasa atuk..hanya ALLAH yg mampu bls..atuk..maafkan Farhana sebab raya sblm2 nie x lawat atuk..bukan sebab da lupa jasa atuk..tp sbb kekangan masa..terima kasih sbb masih ingat Farhana..puji Farhana pandai mengaji..itu sume sbnarnya pujian ntok atuk..sbb atuk yg ajar..


Ya ALLAH...aku mohon pada-Mu tempatkanlah arwah atuk dikalangan org2 yang briman..bsar jasanya semasa dia hidup di atas dunia ini..menyebarkan ilmu-Mu trhadap kami..mengajar kami ayat-ayat suci Al-quran..menyampaikan tentang hukum-hakam-Mu..Ya ALLAH..aku juga memohon supaya Engkau berikan aku kekuatan ntok menghadapi ketiadaannya..aku tahu Ya ALLAH..aku x sepatutnya bersedih atas pemergian arwah..kerana itu memang prjanjian setiap yg hidup atas muka bumi ini pasti akan kembali menemui-Mu..terima kasih Ya ALLAH..aku brsyukur kerana Engkau menggerakkan hatiku ntok brtemu buat kali trakhir dengan arwah..Ya ALLAH hanya pada-Mu aku serahkan segalanya..kerana Engkau lebih mengetahui tntg tiap sesuatu kejadian..